Saturday, March 27, 2010

JELAJAH LUBUK SANGHOR 23/3/10-26/3/10

Group kami ketika baru sampai di Jeti Awam Banding.

Ketika loading barang ke dalam bot.

Bersiap sedia sebelum bertolak.

Dalam perjalanan ke bot point Sg Kejar.

Berhenti sebentar di perkampungan orang asli sg Kejar tunggu pengangkut barang bersiap.

Terkejut melihat anak-anak kecil orang asli bermain rakit di sungai.

Tengok sajalah anak-anak orang asli berakit di sungai. Sungai dah jadi tempat permainan mereka. Cuba anak-anak kita, mau lemah semangat dibuatnya.


Dah sampai pun di bot point Sg Kejar. Sampai sini jelah coz air cetek sangat tak boleh pegi lebih jauh.

Masing-masing sibuk mengangkut barang-barang keluar dari bot.

Kelihatan orang asli sedang sibuk mengangkut air bersih untuk bekalan minuman kami.

Bergambar kenangan.



Ketika meniti balak di Lubuk Jerai.

Pak Din nampak kepenatan, tapi perjalanan masih jauh, kenalah teruskan juga.

Guide kami sempat berehat sebentar sambil menunggu yang lain.


Nampak keletihan betul...abis terbakar lemak-lemak kat badan. Bukannya selalu, exercise camni.

Posing jangan tak posing.

Meniti balak di Sungai Ketir.

Hati-hati jangan sampai ada yg tergelincir pula. Ada yg terpaksa mandi sungai nanti.


Base Camp Lubuk Sanghor. Membersihkan kawasan untuk mendirikan khemah dan tempat beristirehat.


Chef sedang nyalakan api untuk memasak. Dapur gas ada, tapi nk lebih original katenye. Suka hati korangla, yang penting makanan siap.

Seronoknya dia.


Ciuman buat kelah.

Tengok ni, besar-besar.

Bertuala je bro? yang penting bole posing dgn kelah ye tak?


Yang posing teruskan posing. Bakar jangan tak bakar. Tak sabar rasenye nak mencekik.



Bismillahirrahmanirrahim. Eh habis ke seekor sorang-sorang makan.



Layan diri sajalah.

Berehat setelah kekenyangan.

Mata pun dah mengantuk...
Lepas berehat sebentar. Petang tu dari lubuk Sanghor kami bertolak ke Kuala Sg Ketir.

Mendirikan khemah untuk bermalam di Kuala Sg Ketir.

Font size

Bold Italic
Dari Sg Ketir ni kami berakit pulang ke bot point. Ini sajalah laporan untuk jelajah kali ini. InsyaAllah laporan jelajah seterusnya akan menyusul nanti.

Text Color

Link
Align Left Align Center Align Right Justify Full
Numbered List Bulleted List Blockquote
Check Spelling

SILA KLIK "OLDER POST" DI AKHIR ENTRY UNTUK MELIHAT ENTRY2 SEBELUMNYA...TQ

Followers