Sunday, March 7, 2010

JELAJAH 23-2-2010 (SG TIANG)

Kaki pancing yg menyertai jelajah pada kali ini datangnya dari Seri Bayu Tekala. Sesiapa yang pernah memancing di Kolam Seri Bayu Tekala pasti kenal dgn mereka. Salah seorang daripada mereka adalah pemilik kolam pancing tersebut, iaitu Encik Mohd amin Talib.
Setelah 4 jam perjalanan dari Semenyih, akhirnya kami selamat tiba di Grik Perak. Tanpa melengahkan masa, pagi 23/2/10 lebih kurang jam 8pagi kami memulakan perjalanan destinasi kami, Sg Tiang
Mereka begitu teruja sekali utk menyaksikan sendiri ikan kelah berenang-renang, yg paling penting dapat menangkap sendiri dgn tangan mereka.
Boleh tahan juga group kali ini, Encik Amin tu nampak je kecil orgnye, tapi macam lipas kudung bila tracking.

Barisan kaki pancing dari Seri Bayu Tekala Semenyih.


Sempat posing lagi.


Yang mana satu, idaman kalbu, ish...bakar pon sodap...
Encik Amin sedang memilih kelah yg nk dibuat santapan pada tengahari itu. Tak payah pilih-pilihlah rasenye sama je.



Proses membakar ikan. Baunya sungguh harum, sedap bila dicicah dgn air asam.


Satu utk engkau...satu utk aku....dua utk engkau...dua utk aku....Bro Mie & En amin. Lihatlah keceriaan pada muka mereka.



Tak kesahlah, dua ekor pun jadilah.


Tulang gajah yg kami temui ketika tracking.


Kesan tapak kaki rusa. Mesti ada dekat-dekat sini.


Betul tekaan kami. Tu dia, kijang dalam bulatan merah. Haii...rezeki mata je la.


Bunga Pakma (Rafflesia) yg baru mengembang juga sempat kami temui.


Apa lagi, jangan lepaskan peluang bergambar. Gambar di bawah adalah model-model pilihan kami utk bergambar dgn bunga pakma.






Setakat ni sajalah yg dapat dirakamkan. Byk lagi gambar yg tak dpt dikumpulkan lagi buat tatapan pengunjung blog.
SILA KLIK "OLDER POST" DI AKHIR ENTRY UNTUK MELIHAT ENTRY2 SEBELUMNYA...TQ

Followers