Thursday, July 1, 2010

RUMAH BOT KU - Part II

Salam semua, siapa yg pernah baca tentang rumah bot part I, ni la sambungannya. Dlm entry tempohari saya dah tunjuk rangka lantai rumah bot ni. Kalau dilihat dari gambar, diorg sedang memasang rangka untuk dinding pula. Seperti biasa buruh2 kasar yg lama masih digunakan. Sori ek Mak Lang, terpaksa panggil buruh kasar.
Oh ye tentu pembaca tertanye2 apa beza boathouse dengan houseboat ye. Buat pengetahuan para pembaca, boathouse ni adalah tempat menyimpan bot-bot seperti yg saya buat ni la. Manakala houseboat pula bot besar yg bole bergerak dan didiami seperti rumah. Ada dapur, bilik, toilet, macam dalam rumah! Houseboat ni la yg saya idam2 kan selama ni. Tengokla nanti Insya Allah kalau ada rezeki, dan ada bantuan dari mana2 pihak, saya akan miliki houseboat utk membesarkan lagi perniagaan saya ni. Itu memang cita-cita saya.Pandangan dari hadapan boathouse saya. Nampak tak bot yg di parking. Bagi pembaca yg belum biasa melihat boathouse, tentu sekarang sudah dapat membayangkan kegunaannye. Ada bilik dan stor menyimpan barang.
Pandangan sisi boathouse. Saya amat berbangga kerana berjaya menyiapkan boathouse ni.
Pandangan hadapan.
Pandangan belakang boathouse. Alhamdulillah siap juga akhirnya.

Ok lah. Selesai satu projek. Projek baru akan menyusul kemudian. Rahsia. Doakanlah kejayaan saya utk merealisasikan impian saya ye. Bersyukur saya kepada Allah dan kepada semua yg terlibat baik dari segi tenaga dan sokongan moral. Wasalam.
SILA KLIK "OLDER POST" DI AKHIR ENTRY UNTUK MELIHAT ENTRY2 SEBELUMNYA...TQ

Followers