Monday, February 1, 2010

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia Nya, dan dgn hasil titik peluh saya serta sokongan serta dorongan insan-insan di sekeliling saya, akhirnya tercapai juga hajat utk mengusahakan perniagaan yg berkonsepkan ekotourism yg menepati ciri-ciri keselamatan serta menjaminkan kepuasan kepada pengunjung tasik Banding. InsyaAllah pengunjung yg mencuba perkhidmatan bot kami pasti mengalami kenangan yg cukup manis serta memberikan pengalaman baru yg tidak dpt dilupakan.

Seperti yg anda semua ketahui, Tasik banding adalah amat sinonim dgn pemancing tegar yg gemarkan aktiviti lasak demi mencapai kepuasan yg optimum dlm aktiviti serta ekspedisi yg mereka jalani. Ciri-ciri beginilah yg saya cuba berikan di dalam perkhidmatan penerokaan menggunakan bot saya. Sekiranya sebelum ini anda pernah menyertai ekspedisi memancing atau menjelajah hutan untuk melihat keindahan alam semulajadi, saya percaya penjelajahan anda dengan saya akan menjanjikan pengalaman yg cukup menarik. Ini kerana seperti yg anda sedia maklum Hutan Royal Belum merupakan hutan yg amat dan masih terpelihara yg mana anda akan dapat melihat sendiri bunga Pakma atau Rafflesia yg jarang ditemui.

Oleh itu, marilah sama-sama dan sentiasa berkunjung ke blog saya, kerana banyak cerita menarik tentang Tasik Banding dan Hutan Royal Belum yg ingin saya kongsi bersama anda.
Cubala pakej-pakej perkhidmatan yg kami sediakan, kerana anda akan dapat rasakan sendiri kepuasannya. Sampai jumpa lagi pada entri yg akan datang.

Wasalam.
SILA KLIK "OLDER POST" DI AKHIR ENTRY UNTUK MELIHAT ENTRY2 SEBELUMNYA...TQ

Followers