Friday, March 26, 2010

RAFFLESIA OH RAFFLESIA

Baru-baru ni geng BTT saje pergi melawat ke hutan Belum. Tengok apa yg ada utk dibuat bahan cerita. Dalam perjalanan tu kami terserempak bunga Rafflesia yang belum berkembang. Camni rupenye. Kuntum bunga Rafflesia ni ditanda, larangan untuk mengambilnya. Yelah, bukannya apa, pengunjung ni kekadang tu ada yang gatal tangan cuba nak bawa balik,hahaha... buat kenangan katenye. Dahla bunga ni jarang benar nak jumpe, biarla kat situ, orang lain pun nak tengok juge. Kat bawah ni, ada beberapa foto yg sempat kami ambil. Silalah layan ye..

Sunday, March 7, 2010

JELAJAH 23-2-2010 (SG TIANG)

Kaki pancing yg menyertai jelajah pada kali ini datangnya dari Seri Bayu Tekala. Sesiapa yang pernah memancing di Kolam Seri Bayu Tekala pasti kenal dgn mereka. Salah seorang daripada mereka adalah pemilik kolam pancing tersebut, iaitu Encik Mohd amin Talib.
Setelah 4 jam perjalanan dari Semenyih, akhirnya kami selamat tiba di Grik Perak. Tanpa melengahkan masa, pagi 23/2/10 lebih kurang jam 8pagi kami memulakan perjalanan destinasi kami, Sg Tiang
Mereka begitu teruja sekali utk menyaksikan sendiri ikan kelah berenang-renang, yg paling penting dapat menangkap sendiri dgn tangan mereka.
Boleh tahan juga group kali ini, Encik Amin tu nampak je kecil orgnye, tapi macam lipas kudung bila tracking.

Barisan kaki pancing dari Seri Bayu Tekala Semenyih.


Sempat posing lagi.


Yang mana satu, idaman kalbu, ish...bakar pon sodap...
Encik Amin sedang memilih kelah yg nk dibuat santapan pada tengahari itu. Tak payah pilih-pilihlah rasenye sama je.



Proses membakar ikan. Baunya sungguh harum, sedap bila dicicah dgn air asam.


Satu utk engkau...satu utk aku....dua utk engkau...dua utk aku....Bro Mie & En amin. Lihatlah keceriaan pada muka mereka.



Tak kesahlah, dua ekor pun jadilah.


Tulang gajah yg kami temui ketika tracking.


Kesan tapak kaki rusa. Mesti ada dekat-dekat sini.


Betul tekaan kami. Tu dia, kijang dalam bulatan merah. Haii...rezeki mata je la.


Bunga Pakma (Rafflesia) yg baru mengembang juga sempat kami temui.


Apa lagi, jangan lepaskan peluang bergambar. Gambar di bawah adalah model-model pilihan kami utk bergambar dgn bunga pakma.






Setakat ni sajalah yg dapat dirakamkan. Byk lagi gambar yg tak dpt dikumpulkan lagi buat tatapan pengunjung blog.

Thursday, March 4, 2010

TRIP PEMBURUAN KELAH SG KEJAR

Assalamualaikum.
Untuk pengetahuan pembaca blog, saya ada mengadakan trip untuk bulan Mac 2010.
Perbezaan trip ini dengan pakej seperti yang tertera di blog adalah, trip ini khusus bagi mereka2 yg tiada kumpulan. Maksudnya, trip ini pemancing boleh join sesapa saje...

Sebagai contoh kadang-kadang ada pemancing yg boleh pergi berdua saje. Bot muat untuk 6 org, so mereka boleh join dengan pemancing lain.

Di sini kami kenakan RM250 satu kepala
Pemancing yg berminat boleh sms nama, no IC & alamat kepada saya (017-5807490)
Selewat-lewatnya 14/3/2010 coz nk apply permit.

Sekiranya anda ada group yg nk p melebihi 12 org kami ada HARGA ISTIMEWA untuk anda.

Cepat, cepat sms butiran anda SEKARANG!!!!

Monday, February 22, 2010

JELAJAH 13-02-2010 (SG KEJAR)

HARI I - 13/2/2010

Perjalanan kami bermula di kuala Sg Kejar.


Bot Point di kuala Sungai Kejar


Kami menyusuri hutan balak. Tengok sajala batang balak di belakang kami. Tentu anda dapat bayangkan usianya.


Berehat sebentar coz kepenatan.


Base Camp Mlm I - Lubuk Sanhor



Tangkapan untuk hari ini. Rezeki dari Allah.


HARI II - 14/2/2010




Masa menjamu selera. Ikan Kelah bakar cicah air asam.


sambung perjalanan


Tewas jua akhirnya di tangan aku.




HARI III - 15/2/2010
(bermalam di Sungai Ketir)


Penat weiii nak menapak. Buat rakitla.


Lepas geram.





He...he...he...ambo dapat..


HARI IV - 16/2/2010


Kami di bot point Sungai Kejar. Rezeki sebelum pulang. Dapat seekor je.

Monday, February 1, 2010

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia Nya, dan dgn hasil titik peluh saya serta sokongan serta dorongan insan-insan di sekeliling saya, akhirnya tercapai juga hajat utk mengusahakan perniagaan yg berkonsepkan ekotourism yg menepati ciri-ciri keselamatan serta menjaminkan kepuasan kepada pengunjung tasik Banding. InsyaAllah pengunjung yg mencuba perkhidmatan bot kami pasti mengalami kenangan yg cukup manis serta memberikan pengalaman baru yg tidak dpt dilupakan.

Seperti yg anda semua ketahui, Tasik banding adalah amat sinonim dgn pemancing tegar yg gemarkan aktiviti lasak demi mencapai kepuasan yg optimum dlm aktiviti serta ekspedisi yg mereka jalani. Ciri-ciri beginilah yg saya cuba berikan di dalam perkhidmatan penerokaan menggunakan bot saya. Sekiranya sebelum ini anda pernah menyertai ekspedisi memancing atau menjelajah hutan untuk melihat keindahan alam semulajadi, saya percaya penjelajahan anda dengan saya akan menjanjikan pengalaman yg cukup menarik. Ini kerana seperti yg anda sedia maklum Hutan Royal Belum merupakan hutan yg amat dan masih terpelihara yg mana anda akan dapat melihat sendiri bunga Pakma atau Rafflesia yg jarang ditemui.

Oleh itu, marilah sama-sama dan sentiasa berkunjung ke blog saya, kerana banyak cerita menarik tentang Tasik Banding dan Hutan Royal Belum yg ingin saya kongsi bersama anda.
Cubala pakej-pakej perkhidmatan yg kami sediakan, kerana anda akan dapat rasakan sendiri kepuasannya. Sampai jumpa lagi pada entri yg akan datang.

Wasalam.
SILA KLIK "OLDER POST" DI AKHIR ENTRY UNTUK MELIHAT ENTRY2 SEBELUMNYA...TQ

Followers